Tenaga
pengurusan tertinggi adalah Dr Abd Wahab dan Prof. Dr. Badlishah Sham
Baharin (Salah seorang penyelidik dan masih bertugas di sebuah IPTA
tempatan). 100% dimiliki oleh bumiputra Islam.
Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana
ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak
melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak
mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran
tempatan.
Sebaik-baiknya ia diletakkan pada suhu bilik dan boleh disimpan
sehingga 2 tahun jika tidak dibuka. Ia akan membeku pada suhu 24 darjah
celcius dan tahan panas.
Minyak Kelapa Dara BioVCO adalah produk makanan, sejauh ini ia belum
memerlukan kelulusan dari kementerian kesihatan. Syarikat pengeluar /
pengilang mempunyai kelulusan halal daripada JAKIM :
Produk : VIRGIN COCONUT OIL
No Kelulusan : JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 029-02/2006
Tarikh Luput : 26hb. Julai 2008
Pengesahan boleh diperoleh menerusi laman web JAKIM ~ http://www.halaljakim.gov.my
Minyak Kelapa Dara
diperolehi daripada kelapa segar tanpa melalui proses pemanasan
melampau dan penyulingan secara kimia. Kandungan asid laurik yang
tinggi hingga melebihi 50%. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa
asid laurik didalam tubuh manusia akan diubah menjadi
monolaurin dimana ia mimiliki keupayaan untuk membunuh
virus, bakteria, kulat dan protozoa.
Ia juga mampu mencegah serangan virus seperti HIV, herpes, influenza
dan berbagai bakteria patogen termasuk listeria monocytogenes dan
helicobacter pyloryd.