Terlebih dahulu, syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, kini saya berjaya memindahkan perniagaan menerusi internet yang sedia ada kepada domain sendiri. BeliBeli.Com diwujudkan setelah hampir 15 bulan saya mula membuat perniagaan menerusi internet dengan menggunakan platform percuma seperti di tripod.com.
Saya mengambil masa yang agak lama untuk memulakan pembinaan laman web ini. Bermula pada Oktober 2005, pembinaan dibuat secara sedikit demi sedikit. November 2005, saya melahirkan anak kedua (ya, pada hari Raya ke-4!) dan selepas itu pembinaannya terpaksa dihentikan sehingga saya menamatkan cuti bersalin. Tapi, inilah hasilnya yang dapat saya kongsikan bersama dengan anda semua =)
Masih banyak yang kurang di sana sini, tapi saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.
Di belakang saya adalah suami tersayang, Hafiz yang sentiasa memberikan sokongan - tolong hantar ke pejabat pos untuk menghantar pesanan sehinggalah menjaga anak-anak ketika saya berjumpa dengan pembeli yang datang ke rumah. Terima kasih banyak-banyak! Tak lupa juga dengan keluarga saya, terutamanya ibu bapa dan adik saya yang banyak memberi dorongan serta sokongan. Terima kasih semua! Oh ya, juga anak-anak; Amir Husaini, Arif Husaini, Azri Husaini & Arissa Hannani yang sentiasa memberi inspirasi.
Semoga BeliBeli.Com akan dapat menawarkan lebih banyak produk yang berkualiti di samping dapat berkongsi keuntungan yang diperoleh bersama-sama ahli menerusi rebat dan diskaun yang diberikan. Semoga berkat sokongan, komen & cadangan daripada anda semua, BeliBeli.Com mampu mencapai impian tersebut.
Cukup setakat ini dulu -)
Salam mesra,
Yan Februari 2010.
|
|