Laman Utama arrow Terma & Syarat
Lihat Troli
Troli anda kosong.
SMS-lah

+6019 769 35 92
+6019 722 62 79
+6019 702 28 44

azelina@belibeli.com
Terma & Syarat PDF Cetak E-mail
Berikut dinyatakan terma & syarat penggunaan di BeliBeli.Com.



KEAHLIAN

Keahlian BeliBeli.Com adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua. Maklumat-maklumat ahli tidak akan dijual atau disiarkan kepada mana-mana pihak ketiga.


PESANAN

  • Pesanan boleh dibuat menerusi online/email/telefon/SMS. Tetapi, rebat 2.0% hanya diberikan kepada pesanan yang dibuat secara online. Tiada rebat diberikan untuk pembelian produk-produk Rakan Niaga.
  • Pesanan online memerlukan anda menjadi ahli berdaftar di BeliBeli.Com. Pendaftaran boleh dibuat di sini. PERCUMA -)
  • Pesanan menerusi email hendaklah dihantar kepada
  • Pesanan menerusi telefon/SMS pula boleh dibuat ke nombor 019-769 35 92 (Yan)
  • Pesanan hanya akan dihantar apabila bayaran telah diterima dan disahkan.
  • Setiap pesanan yang telah dikemaskini akan mempunyai status yang berlainan, iaitu

Pending - Bayaran masih belum diterima
Confirmed - Bayaran telah diterima
Cancelled - Pesanan dibatalkan
Refunded - Wang dikembalikan
Shipped - Pesanan telah dihantar
Shipped (RN)
-
Pesanan produk Rakan Niaga telah dihantar


PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau deposit, pemindahan wang ke akaun
  • Maybank 1643 6056 7059 :: AZEAN AZLINA MUDZAKIR (sila letakkan emel kepada ), atau
  • Bank Islam 05-049-02-002224-6 :: MOHD HAFIZ MALIK

atau

Kad Kredit

  • Pembayaran menerusi kad kredit dibuat menerusi Paypal.
  • BeliBeli.Com akan menyediakan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan anda akan menerima email dari Paypal yang mengandungi pautan ke laman pembayaran.
  • Sila maklum bahawa pembayaran menerusi kad kredit hanya untuk pembelian berjumlah RM100.00 dan ke atas. Surcaj 3.5% akan turut dikenakan terhadap jumlah keseluruhan.
  • Kadar USD yang digunakan adalah berdasarkan laman www.xe.com atau Foreign Exchange Rate di M2U.

Pastikan anda mengisi Borang Pembayaran setelah pembayaran dibuat, atau SMSkan bukti transaksi perbankan internet ke 019-7693592 beserta dengan no pesanan anda.


PENGHANTARAN


Bermula Februari 2010, SEMUA PESANAN AKAN DIPOS PADA ISNIN & RABU SAHAJA. Sebarang pesanan yang dibuat pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad akan dipos pada hari Isnin. Manakala pesanan pada hari Isnin dan Selasa akan dipos pada hari Rabu. Terima kasih.

Malaysia

[1] Cash & Carry

  • Anda boleh mengambil pesanan di kawasan yang berhampiran dengan kami.
  • Kawasan akan dinyatakan terus kepada anda sama ada melalui email/SMS.

[2] Pos Laju

  • Pesanan boleh dijejak menerusi Jejak Penghantaran. Wang akan dikembalikan jika pesanan tidak tiba kepada anda.
  • Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 1-2 hari bekerja, bergantung kepada lokasi anda.
  • Berat maksimum pesanan ialah 20kg.
  • Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran di pihak kami, anda akan diberitahu menerusi email atau telefon.

[3] Pos Bungkusan

  • Pesanan boleh dijejak menerusi Jejak Penghantaran. Wang akan dikembalikan jika pesanan tidak tiba kepada anda.
  • Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 3-7 hari bekerja, bergantung kepada lokasi anda.
  • Berat maksimum pesanan ialah 20kg.
  • Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran di pihak kami, anda akan diberitahu menerusi email atau telefon.

[4] Pos Daftar

  • Pesanan boleh dijejak menerusi Jejak Penghantaran. Wang akan dikembalikan jika pesanan tidak tiba kepada anda.
  • Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 5-7 hari bekerja, bergantung kepada lokasi anda.
  • Berat pesanan tidak melebihi 2kg.
  • Sekiranya berlaku sebarang kelewatan dalam proses penghantaran di pihak kami, anda akan diberitahu menerusi email atau telefon.

Antarabangsa/Luar Negara


  • Sila maklum bahawa tempoh untuk pesanan tiba mengambil masa 3-5 hari bekerja atau lebih berdasarkan mod penghantaran yang anda pilih kelak.
  • Sekiranya berlaku sebarang kelewatan, anda akan diberitahu menerusi email.


Nota: Kami tidak membuat penghantaran pada hari cuti Ahad dan cuti umum. Penghantaran juga tidak dibuat ke alamat PO Box.


CAJ PENGHANTARAN


Malaysia

  • Caj penghantaran dikenakan untuk pembelian kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Laju di Semenanjung Malaysia adalah RM7.00, atau 7.0% daripada jumlah pembelian, tertakluk kepada nilai yang lebih tinggi.
  • Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Laju di Sabah & Sarawak adalah RM10.00, atau 10% daripada jumlah pembelian, tertakluk kepada nilai yang lebih tinggi.
  • Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Bungkusan di Semenanjung Malaysia adalah RM7.00, atau 7% daripada jumlah pembelian, tertakluk kepada nilai yang lebih tinggi.
  • Caj minimum bagi penghantaran menggunakan Pos Bungkusan di Sabah & Sarawak adalah RM12.00, atau 12% daripada jumlah pembelian, tertakluk kepada nilai yang lebih tinggi.
  • Caj bagi penghantaran menggunakan Surat Berdaftar adalah  RM3.70.
  • Caj-caj penghantaran yang dinyatakan di atas TIDAK digunapakai bagi pembelian produk Rakan Niaga. Caj penghantaran akan dimaklumkan secara berasingan sekiranya ada.


Antarabangsa

  • Caj penghantaran akan dimaklumkan menerusi email yang berasingan


DISKAUN & REBAT


  • Sebagai penghargaan terhadap sokongan anda, sebanyak 2.0% daripada setiap jumlah pesanan online di BeliBeli.Com (termasuk kos penghantaran) akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Tiada sebarang rebat diberikan untuk pembelian terhadap barang-barang dari Rakan Niaga kami.
  • Jumlah rebat terkumpul dipaparkan di bawah seksyen Maklumat Rebat & Lebihan Wang dalam Maklumat Akaun anda. Bermula 28/03/2007, rebat ini akan ditebus secara automatik ketika anda membuat pesanan berikutnya. Mudah kan?
  • Sekiranya anda mempunyai kod kupon untuk digunakan, PASTIKAN anda memasukkan kod tersebut apabila anda telah menamatkan aktiviti penambahan item ke dalam troli. Ini untuk membolehkan anda menikmati diskaun dengan optimum =)
  • BeliBeli.Com menawarkan diskaun untuk produk-produk terpilih dari semasa ke semasa. Malah, dengan rebat yang diterima, anda TELAH menikmati diskaun sepanjang masa! -)


 

LAIN-LAIN


Sebarang terma & syarat yang tertera pada laman ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
.

Artikel Baru
Top 10
01 BioVCO
02 Sabun Taharah
03 Stokin Wudhu Muslimah
04 Bio Sanitary Pad - Pantiliners (P40)
05 Sabun Taharah X 5
06 BioLulur
07 BioSyampu
08 Taharah e Lavender E
09 BioTrim
10 BioFlush
Jejak Penghantaran
Say-lah Something
Nama:

Mesej:

Copyright 2006 Beli Beli dot Com.
Laman ini diselenggara oleh BSD Technologies